Isnin, 4 Mac 2013

MUHASABAH DIRI

Ceria dan mendungnya kehidupan adalah warna-warni hidup. Tak enak ubi yang direbus tanpa garam yang masin, tak enaklah mempelam muda yang masam tanpa kicap dan gula.... 

Selepas diberi ujian, barulah terasa enaknya ujian. Mesrakanlah dengan ucapan Alhamdulillah, walaupun duit dikocek sudah kehabisan, sedangkan begitu ramai yang koceknya di penuhi duit tp meninggalkan Tuhan..
Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya seorang diri meraba-raba penyelesaian akan ujian yang dihadapi. Jawapan dan tarbiyyah Allah sangat eksklusif bagi hamba-hambaNya.... 

Setiap orang diajarkan tarbiyyah berbeza, bahkan jawapannya juga berbeza. Proses kehidupan membentuk manusia lebih baik, memperbaiki diri menjadi yang terbaik...
Wahai diri ini....... kuatlah dirimu, nikmatilah dugaan ini dgn penuh rasa sabar, syukur n gembira.. ketahuilah dugaan yg ditimpakan padamu tersangatlah ringan berbanding dugaan org2 disekeliling kite terima ketika ini....

Bukankah kite mahukan redha Allah? bukankah kite mahukan syurga Allah? Mahukan ganjaran pasti ada ujiannye...Teman, masalah itu adalah satu bentuk ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T. untuk kita membuktikan sejauh mana kebenaran dan utuhnya akujanji iman kita kepada-Nya....
Wahai diri.... Wahai teman...Wahai sahabat... Wahai org yg sedang berdukacita... sebelum kite MENGELUH, sebelum kite MERUNGUT, sebelum kite BERPUTUS ASA..... marilah kite merenung akan firman Allah ini 
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Al-Ankabut: Ayat 2 – 3)

Senyum itu Penawar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan