Rabu, 6 Mac 2013

SYUKURKU PADA-MU


Setiakah aku cinta pada NYA? 

Sejauh mana rasa dan perasaanku untuk kekal mencintai 

NYA? 


Terkenang bila di uji dengan gejolak hati aku kaku memilih 

antara intan dan batu. 

Aku bungkam mencari antara kilauan dan kegelapan. 

Semua atas ujian buat diriku untuk mengenal dengan lebih 

dekat siapa aku yang sebenarnya. Aku cuba menepis semua 

perasaan lalu.




Aku tidak mahu lagi mengulangi kesilapan-kesilapan dulu. 

Cukuplah Dia yang maha tahu tentang banyaknya dosa-dosaku 

dahulu.




Aku tahu akan sekian kekhilafanku tapi tika tiba ujian 

dari NYA , aku seakan tidak mampu. 


Sebenarnya aku tahu aku mampu.

 Ya. Aku mampu. 

Tiap kali diri diuji, satu kesedaran bangkit, merelakan 

bahawa aku harus menerima setiap apa yang ada di dalam 

kehidupanku ini.




DIA sudah merencanakan sesuatu yang indah buatku. 

Aku percaya. 

Aku harus ada rasa sabar yang mendalam. 

Selagi mana DIA belum mengizinkan, aku harus bersabar 

dan terus bersabar. 


DIA sebenarnya telah lama memakbulkan doaku untuk 

aku menjauhi segala perkara maksiat, mungkar dan 

mazmumah. 


Allah. Syukurku padaMU





Alir air dari kelopak pancainderaku masih lagi ada. 


Aku harus menghargai dan aku perlu terus percaya pada 
diriku. 


Siapa aku tanpa keredhaan NYA. 


Walau aku dihenyat di lautan kebencian yang paling 
dalam, 


tetapi aku tahu, aku tidak akan sekali-kali dibenci oleh 
NYA. 


Takdir bukan pemutus buatku tetapi aku perlu mencari 
tadbir 


untuk aku menerus hidupku. 


Akan ku bekal dengan pengalaman lalu buat iktibar dalam jiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan