Rabu, 10 Julai 2013

AIR MATA INI MENITIS LAGI

Malaysia 11 july 2013


Air mata ini menitis lagi                                                                   
Kekadang sudah tidak mampu untuk aku lalui semua ini
Aku penat
Aku letih
Tapi aku tahu, setiap duka pasti akan berakhir
Setiap kesakitan pasti akan terubat

Namun aku tidak tahu
bilakah saat kesedihan
bilakah saat kesakitan ini akan melabuhkan tirainya

                                           
Sekali ku temui saat bahagia
Aku se akan-akan takut akan masa silam itu
semua itu seperti sebuah mimpi hitam bagiku
yang membuatkan hidup ku penuh derita
di temani air mata setiap saat dan ketika

Tangisan dan senyuman itu silih berganti
ituah fitrah dunia

Hamba bersyukur padaMu ya Tuhan,
Engkau kurniakan dia dalam hidup hamba
Engkau hadiahkan kasih sayang dalam hati hamba buat dia
tetapi hamba tidak tau, sampai bila Engkau pinjamkan semua itu pada hamba

Hamba tidak tau ya Allah..
Setiap hari,
Hamba mengadu padaMu
sayangnya hamba pada dia
Rindunya hamba pada dia
Tidak siapa yang tahu kecuali Engkau.

Hamba tidak pernah mengerti aturan Mu Ya Rabb
Hamba hanya tahu untuk memanjatkan secebis doa buatnya padaMu
Hamba ingin kehidupannya sentiasa tenang
Hamba ingin kehidupannya lebih baik dari diri hamba sendiri

Ya Allah, bila tiba masanya
izinkan hamba memiliki dia hingga ke syurga Mu
Izinkan hamba mencoretkan rasa bahagia dalam hatinya

Agar air mata ini tidak lagi menitis
Agar air mata ini tidak lagi menjadi satu mimpi hitam buat hamba
Agar air mata ini bukan lagi tangisan kesakitan
Agar tiada lagi sendu bersama hamba

Biarlah air mata ini hanya menjadi air mata keinsafan terhadap dosa hamba padaMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan