Rabu, 24 Julai 2013

JANGAN BERSEDIH

Malaysia 24 July 2013  

*Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan kita berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
*Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
*Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan. 
*Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh kita gembira.
*Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.


janganlah kau bersedih kerna dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.
Kesedihan itu satu fitrah yang Allah cipta kepada hamba-Nya.
percayalah.. setiap kesedihan itu pasti ada kebahagiaan yang menanti satu masa nanti. 
 kadang-kadang diri ini juga leka membiarkan diri melayan kesedihan yang terjadi.. La Tahzan.. jangan kau bersedih. 




Buang segala rasa sedih itu. kuatkan hati. Allah tak duga jika kita tak mampu tanganinya. Ya.. kuatkan hati kau.. juga aku. segalanya pasti akan pulih seperti sediakala. biar apa yang terjadi sekalipun, berjalan tanpa henti. jangan biar hati terlalu lemah, lemah menangani kekhilafan yang berlaku. 
"apapun yang terjadi, ku kan slalu ada untukmu..janganlah kau bersedih, cause everything gonna b ok." -Ya Sudahlah by Bondan Prakoso

 http://www.youtube.com/watch?v=_WyLVrtLhvk

everything gonna be ok. Insyallah. 
jom .. jangan la kita bersedih. biar semua yang berlaku berlalu secara naturally.
lumrah kehidupan.. kadangkala gembira, ada ketika sedih. jangan murah air mata... yakinlah bahawa kita KUAT untuk menghadapinya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan