Sabtu, 1 Jun 2013

HARGA SEKEPING HATI

Malaysia 1 Juni 2013



Harga sekeping hati...
Di saat dimamah kemelut yg mendatang
Ianya terus bertahan
Biarpun tatkala itu
Perit yang ditanggung terlalu parah..
.


Harga sekeping hati...
Disaat diratah pelbagai kata dan bicara
Sehingga ianya lelah tak berdaya
Bagaikan dihenyak tanpa rasa
Yang membaham segala-gala...


Harga sekeping hati...
Pabila rasa kasih
Semakin menyisih
Pabila rasa sayang
Semakin menghilang
Pabila rasa rindu
Semakin melayu
Hati meronta-ronta menahan sebak
Jiwa melara menongkah sesak
Namun...tak daya
Menangkis esak yg terus mengasak


Harga sekeping hati...
Inilah yg perlu dilalui
Walaupun payah dan berat sekali
Untuk aku menghadapi
Di saat segala-hala telah sebati
Memenuhi ruang sanubari
Sehingga tiada pun ruang
Walaupun seinci...
Untuk menzahirkan rasa benci
kerna...
Sesungguhnya kasih sayang itu terlalu suci
Dan akan terus kekal abadi
Hingga ke akhir nanti...



Harga sekeping hati...
Tiada siapa pun yg mengerti
Tiada siapa pun jua yang ambil peduli....
Hanya pada-Nya tempatku bermohon
Agar terus diberi kekuatan dan ketabahan sejati
Untuk terus meniti hidup ini..


Harga sekeping hati
Dalam riuh derai tawa yg meniti
Namun...kesedihan terus membelenggu diri...


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan