Rabu, 5 Jun 2013

NAMAMU BERTAHTA DI HATIKU

Malaysia 5 Juni 2013


Dirimu berada diminda dan dihatiku,aku sentiasa memikirkanmu. 

Kau insan yang sangat istimewa dalam hidupku, yang telah bertakhta dihatiku. 

Aku ingin berada disisimu selalu dan membina masa hadapan bersama. 

Sangat sulit untuk mengungkapkan kata-kata sakti itu, namun kerna kasih dan sayang, aku sedia menyatakannya. Sama ada kau menerima cinta ini atau tidak, itu bukan persoalannya. 

Padaku, menyatakan rasa cinta padamu, tidak sesekali memberatkan diriku. 

Namun aku merasa sangat gembira dan jiwaku rasa tenang dan damai; tiada lagi perasaan yang terbelengu. 

Tidak juga maruahku telah hilang disebabkan aku menyatakan rasa ini padamu, tidak ku peduli siapa yang harus menyatakan nya dahulu. 

Biarlah manusia lain mengatakan aku wanita yang tiada malu. 

Cinta tidak akan terbina atas keegoan, kasih sayang tidak akan bersemi dan hubungan tidak akan kukuh dari keangkuhan. 

Cinta adalah penyatuan dua jiwa yang amat memerlukan diantara satu sama lain, dua jiwa yang mahu disayangi dan meyayangi, ia bersifat memberi dan menerima. 

Tiada kalah atau menang dalam percintaan, setiap pasangan adalah pemenang. 

Benarkanlah aku menyatakan yang “aku cinta padamu”, ungkapan ini hanya ku uturkan buatmu seorang. 

Mohon maaf jika ia tidak sempurna…..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan