Jumaat, 29 Mac 2013

KETIKA RINDU DATANG LAGI




Hari ini, rindu itu menyapa buat kesekian kali


Semakin ku usir pergi dari diri ini


Semakin dekat di dalam hati


Malah hatiku dengan rindu itu terlalu sebati


Sungguh, tiada daya untuk aku menghalau ia pergi


Ketika rindu itu hadir aku hanya mampu


Berdoa pada Illahi agar hatiku mampu diubati


Kerana penyakit rindu yang boleh melalaikan diri


Semoga rinduku pada dia tidak melebihi rinduku pada-NYA


Terkadang, bila rindu berlabuh
Sengaja aku menyibukkan diriku
Kononnya ingin membuang perasaan itu jauh-jauh
Kerana rindu, hati memberontak ingin bertemu
Namun apakan dayaku..

Allah menjarakkan kita tentu dengan hikmah

maka bertahanlah hati melawan rindu itu..
Rindu datang silih berganti
Sekejap dia hadir, tak lama kemudian dia pergi
Semua itu ujian Illahi
Tanda menguji keimanan diri..
Tidak ku salahkan rindu yang datang tanpa dipelawa
Kerana tiada siapa yang mampu menduga..
ku anggap ia sebagai pengorbanan sementara
Ya Allah, andai rinduku ini melalaikan,
Bantulah aku untuk melupainya
Andai KAU membenarkan aku merinduinya
Janganlah kau biarkan rindu ini berlebihan
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya pada-MU ya Allah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan