Khamis, 7 Mac 2013

CUKUP HANYA SEKALI


“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik…
 didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih 
dahulu. 
Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi 
‘siapa kita’ ketika melihatnya!”  Maksudnya, kita akan 
menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita. 
InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri 
seseorang itu petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga 
baik. 
Syukurlah. 
Namun, jika sebaliknya, berhati-
hatilah… itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan 
orang yang kita lihat.

Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan 
kebaikan daripada diri kita sendiri. 
Caranya? 
Bermula 
dengan sangka baik. 
Lihat yang baik-baik.
 InsyaAllah, 
lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat 
kebaikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan