Ahad, 7 April 2013

IZINKAN HATIKU BICARA

Kamu adalah lembaran hidupku...
Dengan tetes-tetes rindu yang menghapus setiap sunyi setiap saat
Kata-kata ini bicara apa adanya mengenai sebuah isyarat
Yang dirahasiakan bunga-bunga
Ketika pagi melepaskan diri dari malam yang pekat.


"SELAMAT PAGI KEKASIH HATI"
~*~Semoga di setiap pagi kita mendapt berkhah dari Illahi~*~


  

Perkara baik yang patut kita lakukan
 ~*~ Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah
  
sebab kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
 

~*~ Tekad Bermotivasi.
 Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
 
example
 
 ~*~ Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
 Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, kita menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
 
 ~*~ Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
 Kita mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
 ~*~ Set Target Kemajuan Diri Sendiri
  Bila dah keluar rumah... ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
 Kita hanya nak sampai di sana, bekerja..lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Kita bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
 Mulai hari ini, ubah sikap kita. Set target apa yang kita mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
 ~*~ Lihat Warna
Kita dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood kita menjadi positif



 ~*~Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
 Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
 Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
 Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, kita jadi orang yang tak bersemangat langsung.
 Lebih teruk, kita jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda

 
 Kita mesti berubah untuk kemajuan diri
 "Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan